Sunday, June 1, 2014
warna warni rasa hati #9
kala aku bermadah tak henti
bermakna aku senang hati
untuk meluahkan apa yang terbuku di sanubari
kala aku diam tak berbunyi
itu kerana aku sedang berfikir atau bergundah gelana
diam sunyi sepi untuk menjaga hati
hati hati yang cantik berbudi
langsung tak wajar untuk mendengar madah gundah itu
maka, mohon temani aku
melayani senang hatiku sebelum aku berdiam diri
atau tinggalkan aku sendiri
tika senang atau sunyi kerana aku perlukan yang ikhlas disisi.
*nah, sebagai halwa telinga kalian:: terbang tinggi - fynn jamal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment