syukurlah dengan apa yang dianugerahkan
usah dipandang enaknya anugerah saudara yang lain
kerana nikmat yang diperoleh setiap insan berbeza dari segenap aspek
jangan berhasad dengki atau mengagungkan mereka yang punya lebih dari apa yang kita ada
jangan diumpat dikeji pada mereka yang punya sekadarnya
kerana hakikatnya, kita bukannya lengkap serba serbi
jangan pula kita berharap akan harta benda yang lain atau ihsan simpati empati mereka kerana kita harus berusaha sendiri menggunakan akal dan kudrat sendiri
harapnya, jangan bersedih dengan apa yang kurang atau tidak berjaya diperoleh kerana pasti ada pelangi setelah turunnya hujan. :)
No comments:
Post a Comment