Pages

Monday, April 8, 2013

.:warna-warni rasa di hati:. #1

.:warna-warni rasa di hati:.

kamu.
kamu yang berani
mengungkapkan kata hati
istimewa katanya
hanya untuk aku.

namun,
kenapa semakin tika berdetik
semakin jauh kamu daripada aku
aku yang setia menanti dan menunggumu
untuk mengotakan segala janjimu.

apa salah aku?
sampai aku diperhambakan sebegini rupa?
kau senang berbicara bahawa aku akan tetap
tetap dengan bahagianya akua tanpa mu.
sedangkan aku sudah pun meyakinkan diri dan hati bahawa
kamulah yang akan mengemudi aku sehingga aku tidak bernyawa.

ya,sememangnya kamu manusia biasa
manusia yang mudah lupa
manusia yang senang menyalahkan takdir
menyerahkan segalanya kepada kehendak dan keputusan Ilahi.
walhal kamu yang tidak mahu mengenal erti kata berusaha.

terserahlah.
aku semakin penat.


No comments: