warna - warni rasa di hati
ya, aku mungkin kelihatan kental menghadapi segala macam masalah yang menghampiri
namun hanya aku yang merasai payahnya untuk menghadapi dugaan-dugaan ini
kerana aku jua perempuan biasa yang kurang serba-serbi
kanan, kiri, segalanya tidak mencukupi
kamu dan mereka mungkin merasakan bahawa aku memang kuat
kerana gelak ketawa, senyum mesra aku menyembunyikan segala yang tersirat
walhal, walangnya hati aku tidak mampu untuk disurat
kerana kompleksnya masalah itu berselirat
namun, demi menghargai peluang untuk terus bernafas di dunia
aku redha kerana hidup seorang muslimah tidak akan sesekali lengkap tanpa dugaan datang menerpa
di dalam usaha Ilahi menunjukkan kekuasaanya dan mendidikku untuk menjadi yang lebih baik dalam meniti perjalanan usia
aku yakin, segalanya adalah yang terbaik buatku kerana Allah adalah sebaik-baik perancang kehidupanku dan Allah yang Esa, maha berkuasa di atas segalanya.
InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment