Pages

Friday, April 26, 2013

.:warna - warni rasa di hati:. #2

.:warna - warni rasa di hati:.

warna yang ceria semakin lama semakin malap.berubah daripada warna sehangat semerah jingga semakin berubah kearah kelabu dan seterusnya kini, hitam.dulu aku agresif seaktif bahan kimia yang bertindak balas sesama mereka di dalam hubungan yang kau mulakan itu.kau juga begitu.namun, dek tuntutan-tuntutan kehidupan yang terpaksa kita hadapi, aku cuba kendurkan semangat aku untuk menjayakan perhubungan kita. kamu setuju saja.

semakin masa berlalu semakin aku rasa hidup aku di sampingmu hanya umpama sampah yang kamu tidak lagi inginkan.layanan kau terhadap aku umpama aku ini tumbuhan parasit yang akan menghancurkan tubuh badanmu apabila aku menumpang kasih mu. hmm, kasih kekasih.

puas aku berfikir sendiri, apa salah silap laku ku terhadapmu sehingga aku terpaksa hadapi semua layanan buruk kamu ini. aku berusaha sedaya upaya aku untuk menyenangkan hati dan dirimu. aku cuba bertahan di hujung rasa sehingga terkadang timbul juga rasa mati pada deria hatiku yang satu ini. rasa mati. aku mencuba berbuat sehabis baikku apabila aku bersama mu walau waktu aku dapat bersama mu hanyalah seketika cuma. namun, makin hari, makin kamu kaku. nafasmu tidak lagi sesejuk salju yang mampu membekukan hatiku buat yang lain.

kamu.ya,kamu. kamu yang telah membuatkan aku tidak lagi mampu untuk bernafsu menagih kasih sesiapa. aku umpama menghadapi hari yang mendatang hanya untuk memenuhi norma kehidupan. aku tidak mahu menyembunyikan diriku di balik pintu rumah semata-mata kerana aku masih bersedih dan belum bersedia untuk melepaskan dirimu daripada hatiku.

tapi, serius, nafsu itu mati.

No comments: